KSBC raih gelaran sulung ACPLJ

KUALA LUMPUR (20 OKTOBER) – Pendatang baru, Kelab Badminton Kuantan Synergy (KSBC) berada di kelas tersendiri apabila meraih gelaran AEON Credit Purple League Junior (ACPLJ) 2019 dengan rekod bersih sejurus berakhirnya saingan Divisyen 1 di Sports Arena Sentosa, hari ini.

Skuad Bandar Maharani BC meraikan kejayaan meraih tempat ketiga di dalam Divisyen 1 ACPLJ 2019 dengan mengambil gambar kenangan bersama-sama dengan Pengurus Kanan (Sumber Manusia) Encik Lim Jin Feng (paling kanan, berbaju merah) di Sports Arena Sentosa.

Mendahului seawal pusingan pertama di Sports Arena Falim, Ipoh, kelab bimbingan ketua jurulatih, Azman Amman itu meneruskan dominasi mereka sehingga pusingan ketiga dan terakhir di Sports Arena Sentosa, dengan rentetan kecemerlangan lapan kemenangan berturut-turut.

Kejayaan KSBC menandakan kali kedua berturut-turut gelaran Divisyen 1 dirangkul oleh pasukan yang baru dinaikkan daripada Divisyen Dua selepas juara musim lalu, Kelab Badminton Bukit Cheras (BCBC).

KSBC tidak berdepan masalah menundukkan lawan mereka, Cheras BC (15-2) hari ini, diikuti kejayaan ke atas Bandar Maharani BC (12-8) hari ini. Perlawanan di antara Bandar Maharani merupakan perlawanan penentuan di mana juara akan menjulang kejuaraan ACPLJ musim kelima.

“Saya sebenarnya terkedu memandangkan kami adalah pasukan yang baru dinaikkan daripada Divisyen 2 ke Divisyen 1. Pemain Kuantan Synergy bekerjasama sepanjang musim pertama kami di Divisyen Satu.

Jurulatih KSBC, Ivan Yee dan Azman Amman.
Barisan pemain dan kejurulatihan pasukan Kepong BC ceria selepas menerima pingat selaku naib juara Divisyen 1 ACPLJ2019 yang disampaikan oleh Pengurus Kanan (Sumber Manusia) Encik Lim Jin Feng (paling kanan, berbaju merah).

“Kesemua pemain menampilkan semangat luar biasa. Walaupun kami budak baru di Divisyen Satu, saya berkata kepada mereka bahawa mereka mampu untuk meraih gelaran Divisyen Satu” kata  Azman ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Kejayaan KSBC membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala naib juara, Kepong BC berpuas hati dengan RM20,000.

Dalam pada itu, Kelab Badminton Ayer Itam (Ayer Itam BC) turut menamatkan rentetan kecemerlangan mereka, tujuh kejayaan berturut-turut untuk meraih gelaran Divisyen Dua.

Kejayaan ini membolehkan mereka menempah tiket automatik ke Divisyen Satu selain hadiah wang tunai RM5000.

Beregu lelaki Bandar Maharani BC diwakili oleh pasangan Muhd Fazriq Mohd Razif – Lee Yi Bo mempamerkan aksi yang mantap ketika saingan akhir ACPLJ2019 semalam di Sports Arena Sentosa.

Mengiringi mereka adalah Kelab Badminton Klang Rising yang muncul naib juara. Kelab berpangkalan Selangor itu turut membawa pulang RM3000.

Pengarah Urusan AEON Credit Service, Yuro Kisaka memberi ucapan penutupan AEON Credit Purple League Junior 2019.

Pengarah Urusan AEON Credit Service, Yuro Kisaka berkata: “Sebagai warga korporat yang percaya dengan misi untuk membangunkan modal insan, kami berbangga untuk membantu dalam misi mencungkil bakat baru sukan badminton menerusi kejohanan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Purple League, Dato’ Jack Koh juga menyatakan rasa puas hati terhadap penganjuran edisi kelima tahun ini.

“Badminton masih sukan yang popular di negara ini. Sejumlah 79 perlawanan dilangsungkan  membabitkan 22 pasukan daripada Divisyen 1 2 dan juga Divisyen 3 yang baru diperkenalkan musim ini.

 

 

PUSINGAN AKHIR ACPLJ2019

KEPUTUSAN (20 Oktober 2019)

Divisyen Satu – 9am

Bukit Cheras BC 8-12 Amanjaya BC

Rawang BC 14-6 Petaling BC

Kepong BC 10-8 Bandar Maharani BC

Kuantan Synergy BC 15-2 Cheras BC

 

3pm

Kuantan Synergy BC 12-8 Bandar Maharani BC

Kepong BC 13-4 Petaling BC

Rawang BC 12-4 Amanjaya BC

Bukit Cheras BC 9-10 Ampang Jaya BC

 

Divisyen Dua – 12pm

Damansara BC 12-7 Ipoh BC

Serdang BC 15-4 PGBC

Desa Petaling BC 6-10 Klang Rising BC

Ayer Itam BC 12-7 Tebrau City BC

————————————————————————————————————————–

About Malaysia Purple League

Founded by Dato’ Jack Koh and partners and incorporated on October 24, 2013, Purple League (M) Sdn. Bhd. aims to create a brand-new platform in support of the Malaysian badminton scene while raising the standard of badminton proficiency and contributing towards creating future champions for the country.

Standing at the forecourt of all endeavours is the Malaysia Purple League, thus named due to purple long being a symbolic colour associated with royalty, power, and courage. It’s an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competitive experience, and which concurrently engages retired national greats to guide and inspire a new generation of champions.

————————————————————————————————————————–

 About AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit (M) Berhad (“AEON Credit” or the “Company”) was incorporated on 6 December 1996 and was converted into a public limited company on 9 February 2007 and listed on the Main Market at Bursa Malaysia Securities Berhad on 12 December 2007. AEON Credit commenced operations in 1997 by providing Easy Payment schemes for purchase of consumer durables through appointed retail merchants and chain stores.

————————————————————————————————————————–

Start a Conversation