AEON Credit Purple League Remaja 2019 sasar bintang antarabangsa

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Purple League, Dato’ Jack Koh, menyimpan aspirasi tinggi untuk cuba memikat beberapa pemain antarabangsa menyertai saingan Purple League Remaja 2019 sebagai destinasi persiapan sebelum menghadapi Kejohanan Remaja Dunia.

Sesi Menandatangani Perjanjian MoU. Dari kiri, Mr Lim Kim Heng (Senheng), Dato’ Jack Koh (Purple League), Tuan Haji Ahmad (BAM), Mr Yuro Kisaka (AEON Credit Service) and Mr Ajith (AEON Credit Service)

 

Saingan Purple League Remaja akan membuka tirai Sabtu ini dan ia dilihat sebagai satu tempoh yang sesuai untuk pemain serata dunia berkhidmat dengan kelab tempatan sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang akan membuka tirai di Kazan, Russia 7 Oktober depan.

Apatah lagi, saingan itu pernah menampilkan beberapa pemain yang sudah menyinar di peringkat antarabangsa seperti perseorangan Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung dan Jonatan Christie, serta beberapa pemain tempatan seperti Lee Zii Jia, Goh Jin Wei dan Aaron Chia.

Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia, mewakili Ampang Jaya BC di SSPL 2018.

“Dalam empat musim sebelum ini, kami melihat negara jiran memiliki ramai pemain muda hebat, termasuk dari Indonesia, Jepun dan Taiwan serta Singapura. Tahun ini, kami menerima reaksi bagus daripada mereka dan dalam kalangan kelompok itu, tiga juara turut serta,” katanya.

Divisyen pertama, yang terdiri daripada sembilan pasukan adalah untuk para pemain junior paling atas di Asia Tenggara dan dalam negara, terutama para pemain Bawah 18 dari Sukan Sukan Bukit Jalil (BJSS) dan mereka yang sedang melakukan persiapan untuk Kejohonan Badminton Junior Dunia, memandangkan seramai kira-kira 17 pemain asing akan menyertainya kali ini.

“Divisyen kedua pula adalah untuk baki para pemain dari BJSS dan para pemain negara, manakala dalam divisyen tiga kami mengalu-alukan mana-mana kanak-kanak di Malaysia yang berasa mereka cergas, baik tetapi berasa tiada platform untuk mereka. Untuk tahun depan, kami merancang untuk mewujudkan divisyen empat ke seluruh negara.

“Kita sedang menghadapi masa-masa sukar dalam sukan badminton sekarang, terutama apabila kita tidak mempunyai pemain hebat seperti Datuk Lee Chong Wei. Tetapi kita perlu terus memperbesarkan asasnya *Hanya dengan asas yang lebih besar, kita akan dapat mengekalkan pemain-pemain hebat,” katanya pada pelancaran kejohanan Aeon Credit Purple League Junior 2019 di sini hari ini.
Dato’ Jack Koh, Ketua Pegawai Eksekutif Purple League.

Kejohanan PLJ tahun ini akan bermula pada hujung minggu ini di Arena Sukan Falim, Ipoh, manakala pertandingan akhir dijadualkan pada 19-20 Okt di Arena Sukan Sentosa di sini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Aeon Credit, Yuro Kisaka berkata, bakat-bakat baharu adalah sumber yang amat bernilai dalam mana-mana industri, yang perlu dipupuk dan dibangunkan demi kebaikan masyarakat.

“Kami percaya, bahawa menerusi perkongsian ini, kita akan dapat membantu para pembain muda menyerlahkan potensi mereka dan memberikan mereka langkah permulaan dalam kerjaya badminton,” katanya.

Juara bertahan divisyen satu, Bukit Cheras BC akan kembali untuk mempertahankan kejuaraan walaupun bakal berdepan cabaran hebat daripada musuh-musuh tradisi mereka seperti Ampang Jaya BC, Rawang BC, juara dua kali Petaling BC selain beberapa pasukan baru, Amanjaya BC dan Kuantan Synergy BC.

Sourced from Stadium Astro and Utusan Online

Start a Conversation