Bagan BC muncul juara divisyen 3 ACPLJ 2019

IPOH (8 SEPTEMBER 2019): Bagan Badminton Club (Bagan BC) berjaya mengungguli saingan divisyen 3 AEON Credit Purple League Junior apabila memenangi semua perlawanan yang berlangsung pada hujung minggu ini.

Saingan yang berlangsung di Sports Arena Falim, Ipoh itu menyaksikan Bagan BC pada satu ketika berada di tempat kedua di dalam carta sebelum menumpaskan Cheras TP BC, Labuan DSBC dan Bayan Lepas BC.

Bagan BC meneruskan rentak cemerlang mereka hari ini dengan menundukkan Segamat Spiritual BC dan Seremban City BC sekaligus mengesahkan kejuaraan dan slot automatik ke Divisyen 2 musim hadapan.

Pencabar terdekat, Cheras TP BC terpaksa berputih mata dengan sekadar menjadi naib juara manakala Segamat Spiritual BC menamatkan kedudukan di tempat ketiga.

Segamat Spiritual BC mendapat tempat ketiga

Hasil kerja keras pasukan Bagan BC berbaloi apabila berjaya membawa pulang wang tunai RM1500 dan menempah slot ke divisyen 2 musim hadapan sementara Cheras TP BC dan Segamat Spiritual BC masing-masing membawa pulang wang tunai RM1000 dan RM800.

Ketua Jurulatih Alif Razlan and Janu Saputra

Ketua jurulatih Bagan BC, Alif Razlan yang telah bersama dengan pasukan selama lapan tahun mendedikasikan kejayaan pasukannya kepada jurulatih dari Indonesia Janu Saputra yang turut membimbing pasukan juara ini sejak lima tahun yang lalu.

“Janu telah bersama kami sejak lima tahun yang lalu dan memberi kesan kepada peningkatan prestasi pemain dari segi skil dan stamina.”

“Untuk kejohanan ini, kami membuat persiapan dengan mengadakan latihan pusat selama 2 bulan di PIBA (Persatuan Badminton India Penang) di mana para pemain bernaung di bawah persatuan ini.”

ACPLJ2019 akan berehat bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Malaysia dan akan kembali pada 21-22 September ini di lokasi yang sama untuk membuka tirai aksi Divisyen 1 dan Divisyen 2.

Antara pasukan yang akan berentap di dalam Divisyen 2 adalah Ayer Itam BC, Tebrau City BC, PGBC, Desa Petaling BC, Serdang BC, Klang Rising BC, Ipoh BC dan Damansara BC.

Sementara itu, Bukit Cheras BC akan mempertahankan kejuaraannya sambal bakal berdepan cabaran daripada Ampang Jaya BC, Petaling BC, Rawang BC serta pendatang baharu Amanjaya BC dan Kuantan Synergy BC.

Aksi Divisyen 2 dan Divisyen 1 turut akan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di Challenger Sports Centre, Ampang dan pusingan akhir dijadualkan berlangsung di Sports Arena Sentosa pada 19 dan 20 Oktober nanti.

Penyampaian Hadiah:
Juara: Bagan BC – RM1500
Tempat Kedua: Cheras TP BC – RM1000
Tempat Ketiga: Segamat Spiritual BC – RM800

Keputusan:
Sabtu
Cheras TP BC 8-10 Bagan BC
Labuan DSBC 8-11 Bagan BC
Bayan Lepas 7-12 Bagan BC

Ahad
Segamat Spiritual BC 6-11 Bagan BC
Seremban City BC 2-15 Bagan BC

————————————————————————————————————————–

About Malaysia Purple League

Founded by Dato’ Jack Koh and partners and incorporated on October 24, 2013, Purple League (M) Sdn. Bhd. aims to create a brand new platform in support of the Malaysian badminton scene while raising the standard of badminton proficiency and contributing towards creating future champions for the country.

Standing at the forecourt of all endeavours is the Malaysia Purple League, thus named due to purple long being a symbolic colour associated with royalty, power, and courage. It’s an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competitive experience, and which concurrently engages retired national greats to guide and inspire a new generation of champions.

————————————————————————————————————————–

 About AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit (M) Berhad (“AEON Credit” or the “Company”) was incorporated on 6 December 1996 and was converted into a public limited company on 9 February 2007 and listed on the Main Market at Bursa Malaysia Securities Berhad on 12 December 2007. AEON Credit commenced operations in 1997 by providing Easy Payment schemes for purchase of consumer durables through appointed retail merchants and chain stores.

 Released by ShekhinahPR on behalf of Malaysia Purple League. For more information, kindly contact:
Christopher Raj
ShekhinahPR/012-2161 881
chris@shekhinah.my

Carol Tan
MPL/018-228 2110
carol@purpleleague.com

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *