Kuantan Synergy BC mengungguli saingan pusingan pertama Divisyen 1 ACPLJ 2019, atasi naib juara Ampang Jaya BC

Pemain pemain Kuantan Synergy BC, bersama jurulatih Azman Amman

IPOH (22 SEPTEMBER): Pendatang baru, kelab badminton Kuantan Synergy (KSBC) mencipta kejutan apabila mengungguli pusingan pertama Divisyen Satu Purple League Junior (PLJ) 2019 yang berlangsung pada hujung minggu ini di Sports Arena Falim, Ipoh hari ini.

Mengekori di belakang adalah Kepong BC dengan KSBC yang mengutip (571-479) mata set selepas memenangi kesemua tiga perlawanan mereka manakala Kepong BC mengumpul (589-537) mata set selepas meraih dua kemenangan.

KSBC yang dinaikkan daripada Divisyen Dua selepas muncul naib juara kategori tersebut musim lalu, bermula garang dengan merekodkan dua kemenangan ke atas Petaling BC (12-8) dan juara Divisyen Dua, Amanjaya BC (13-6).

Skuad bimbingan ketua jurulatih, Azman Amman itu meletakkan diri mereka sebagai pasukan pilihan musim ini apabila menundukkan naib juara musim lalu, Ampang Jaya BC (13-6).

Pemain perempuan beregu Kuantan Synergy BC

KSBC meletakkan diri pada landasan kejayaan menerusi dua kemenangan mutlak 3-0  yang diraih Muhd Nurfirdaus Azman dalam perseorangan lelaki dan beregu perempuan dari Taiwan, Hsu Yin Hui-Sung Yi Hsuan.

AJBC kemudian menunjukkan tanda-tanda kebangkitan apabila pasangan beregu campuran mereka, Ling Wei Jie-Odelia Wong Qiao Shi menundukkan Eng Chun Yu-Siti Zulaikha 3-1 tetapi ia sekadar menangguhkan kemenangan buat pendatang baru itu yang dimuktamadkan oleh pemain Taiwan, Tu Chia Wei dalam perseorangan wanita apabila menundukkan  Ong Xin Yee 3-1 daripada AJBC.

Mata terakhir KSBC disumbangkan oleh beregu lelaki, Kang Khai Chien-Muhd Afiq Fahmi Mohd Azlan yang mengecewakan pasangan Singapura, Junsuke Kubo-Eng Keat Koh (3-2)

Tatkala saingan dijangka didominasi juara bertahan Bukit Cheras BC dan naib juara, Ampang Jaya BC, keadaan sebaliknya berlaku apabila KSBC dan Kepong BC mengisi dua tempat teratas selepas berakhirnya pusingan pembukaan.

“Ikutkan nama dan reputasi, pasukan kami sebenarnya tidak diletakkan harapan tinggi tetapi berbekalkan dengan kerjasama berpasukan yang ditunjukkan, kami mampu menewaskan pasukan yang lebih gah dan ternama,” kata Azman yang ditemui selepas aksi pasukannya menentang Ampang.

Pemain Beregu Campuran Petaling BC

“Saya berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan mereka dan berharap mereka dapat meneruskannya pada aksi seterusnya di pusingan kedua,” tambahnya.

Di dalam Divisyen Dua, Ayer Itam BC dan Desa Petaling BC dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mengecapi slot ke Divisyen Satu musim depan selepas menamatkan hujung minggu ini masing-masing di tempat pertama dan kedua.

Aksi Divisyen 1 & 2 akan bersambung di Challenger Sports Centre, Ampang pada 5 & 6 Oktober sebelum melabuhkan tirai pada 19 & 20 Oktober nanti di Sports Arena Sentosa.


https://youtu.be/CXyzRBIlE9k

————————————————————————————————————————–

About Malaysia Purple League

Founded by Dato’ Jack Koh and partners and incorporated on October 24, 2013, Purple League (M) Sdn. Bhd. aims to create a brand new platform in support of the Malaysian badminton scene while raising the standard of badminton proficiency and contributing towards creating future champions for the country.

Standing at the forecourt of all endeavours is the Malaysia Purple League, thus named due to purple long being a symbolic colour associated with royalty, power, and courage. It’s an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competitive experience, and which concurrently engages retired national greats to guide and inspire a new generation of champions.

——————————————————————————————–

About AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit (M) Berhad (“AEON Credit” or the “Company”) was  incorporated on 6 December 1996 and was converted into a public limited company on 9 February 2007 and listed on the Main Market at Bursa Malaysia Securities Berhad on 12 December 2007. AEON Credit commenced operations in 1997 by providing Easy Payment schemes for purchase of consumer durables through appointed retail merchants and chain stores.

 Released by ShekhinahPR on behalf of Malaysia Purple League. For more information, kindly contact:

Christopher Raj
ShekhinahPR/012-2161 881
chris@shekhinah.my

Matthew Victor
ShekhinahPR/016-998 2658
matthew@shekhinah.my

Carol Tan
MPL/018-228 2110
carol@purpleleague.com

 

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *