Kuantan Synergy BC terus pamer belang

Kekalkan rekod cemerlang ungguli saingan Divisyen 1 ACPLJ2019

AMPANG (6 OKTOBER 2019): Pendahulu saingan Divisyen 1, kelab badminton Kuantan Synergy (KSBC) terus membuktikan kejaguhan mereka apabila berjaya mencatatkan kemenangan di dalam kesemua tiga perlawanan apabila saingan AEON Credit Purple League Junior (ACPLJ) 2019 telah bersambung di The Challenger Sports Centre, Ampang hujung minggu yang lalu.

KSBC pasangan lelaki beregu, Muhammad Firdaus Azman-Muhammad Afiq Fahmi Mohd Azlan beraksi dalam ACPLJ2019 (Divisyen 1) di Challenger Sports Centre, Ampang.

Mengekori di belakang adalah Bandar Maharani BC (BMBC) dengan KSBC yang mengutip (1051 – 905) mata set selepas memenangi kesemua tiga perlawanan mereka pada pusingan ini manakala BMBC mengumpul (905-754) mata set selepas meraih dua kemenangan.

KSBC yang dinaikkan daripada Divisyen Dua selepas muncul naib juara kategori tersebut musim lalu, turun  dengan misi mengekalkan momentum kemenangan di Ipoh berjaya merekodkan dua kemenangan ke atas Bukit Cheras BC (9-6) dan Rawang BC (11-8) pada hari Sabtu sebelum menundukkan Kepong BC (11-6) semalam.

Pasukan dari Kuantan yang dibimbing oleh Azman Amman itu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka selepas melalui lima perlawanan sekaligus meletakkan mereka di landasan terbaik untuk muncul juara AEON Credit Purple League Junior musim ini.

KSBC pasangan lelaki beregu, Muhammad Firdaus Azman-Muhammad Afiq Fahmi Mohd Azlan bertarung dengan Ampang Jaya BC.

Kuantan Synergy BC bermula garang berdepan Kepong BC apabila perseorangan lelaki Chia Jen Hong dengan mudah menundukkan Ter Chun Long 3-0 diikuti kemenangan kedua yang disumbangkan oleh pasangan beregu wanita mereka Hsu Hui Yin dan Sung Yi Hsuan.

Kepong BC kemudian menunjukkan tanda-tanda kebangkitan apabila pasangan beregu campuran mereka, Goh Boon Sze, Cheng Su Hui menundukkan Eng Chun Yu-Siti Nurshuhaini Azman 3-1 serta kemenangan Erica Hoh Jing Li.

Bagaimanapun, momentum kemenangan Kepong BC dinafikan oleh pasangan beregu lelaki KSBC Muhammad Firdaus Azman, Muhammad Afiq Fahmi Mohd Azlan menumpaskan pasangan KBC Muhammad Adam Shaz Mohd Shazlan dan Si Chin Sian (3-0).

Keputusan ini sekaligus meletakkan kedudukan Kuantan Synergy BC selesa di puncak liga Divisyen 1 menjelang pusingan akhir yang akan berlangsung dua minggu lagi.

“Sebenarnya saya amat berbangga dengan kebangkitan yang ditunjukkan oleh perseorangan lelaki Chia Jen Hong selepas dia tewas di dalam perlawanan menentang Bukit Cheras BC semalam. Saya juga memang sangat yakin dengan kekuatan pasangan beregu perempuan kita yang banyak menghadiahkan mata buat pasukan,” kata Azman yang ditemui selepas aksi pasukannya menentang Kepong BC.

“Saya kagum dengan persembahan oleh pasangan beregu lelaki kita yang telah berjuang berhabis-habisan di dalam gelanggang untuk memastikan kita menang di dalam kesemua perlawanan di Ampang,” tambahnya.

Di dalam Divisyen Dua, Ayer Itam BC juga unggul dengan rekod tanpa kalah selepas berjaya menundukkan Serdang BC dan PGBC di dalam perlawanan yang sengit sambil Klang Rising BC mengekori rapat untuk memastikan peluang meraih slot ke Divisyen Satu musim depan cerah selepas menamatkan saingan hujung minggu ini masing-masing di tempat pertama dan kedua.

AEON Credit Purple League Junior akan melabuhkan tirai pada 19 & 20 Oktober nanti di Sports Arena Sentosa.

————————————————————————————————————————–

About Malaysia Purple League

Founded by Dato’ Jack Koh and partners and incorporated on October 24, 2013, Purple League (M) Sdn. Bhd. aims to create a brand-new platform in support of the Malaysian badminton scene while raising the standard of badminton proficiency and contributing towards creating future champions for the country.

Standing at the forecourt of all endeavours is the Malaysia Purple League, thus named due to purple long being a symbolic colour associated with royalty, power, and courage. It’s an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competitive experience, and which concurrently engages retired national greats to guide and inspire a new generation of champions.

————————————————————————————————————————–

About AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit (M) Berhad (“AEON Credit” or the “Company”) was incorporated on 6 December 1996 and was converted into a public limited company on 9 February 2007 and listed on the Main Market at Bursa Malaysia Securities Berhad on 12 December 2007. AEON Credit commenced operations in 1997 by providing Easy Payment schemes for purchase of consumer durables through appointed retail merchants and chain stores.

————————————————————————————————————————–

Disiarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak Malaysia Purple League. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Christopher Raj
ShekhinahPR/012-2161 881
chris@shekhinah.my

Matthew Victor
ShekhinahPR/016-998 2658
matthew@shekhinah.my

Carol Tan
MPL/018-228 2110
carol@purpleleague.com

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *