SPLC2019: LionMas tekad untuk muncul juara

KENYATAAN MEDIA

SPLC2019: LionMas tekad untuk muncul juara

KUALA LUMPUR (14 NOVEMBER 2019): Pusingan awal kejohanan Senheng Purple League Corporate (SPLC) 2019 yang berlangsung di Sports Arena Sentosa minggu lalu telah menghadirkan satu pengalaman baharu khususnya buat para peminat yang hadir apabila disajikan dengan aksi “badmintainment” tanpa henti.

Skuad LionMas akan bertarung sampai akhir untuk menjadi Juara SPLC 2019 pada minggu ini di Sports Arena Sentosa.

Ramai yang tidak menyangka bahawa golongan korporat dan pemain sosial dapat beraksi dengan baik bersama dengan bekas pemain kebangsaan apabila mereka mengenepikan pangkat dan gelaran mereka untuk bertarung di atas gelanggang bagi merebut gelaran sebagai juara keseluruhan.

Pertandingan yang diperkenalkan oleh Malaysia Purple League ini adalah bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat selain menyediakan satu platform terbaik untuk mereka bermandi peluh melalui pertandingan badminton seperti ini.

Antara pasukan yang mencuri tumpuan pada minggu lalu ialah LionMas yang kini mendahului carta Kumpulan A. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1993 itu cukup sinonim dengan perniagaan barangan elektrik dan perabot serta kelengkapan rumah yang lain.

Pemain beregu campuran dari LionMas, Jazz Tan Yee Mei, dengan Goh Ting Yu telah menang kategori beregu campuran menandingi PENSONIC.

Sebagai pendahulu, mereka berjaya meraih 22 mata selepas menumpaskan redPHOENIX dan PENSONIC masing-masing dengan 11-6. PENSONIC juga kini mengekori di belakang LionMas dengan 15 mata.

Pengurus pasukan LionMas, Encik Saw Tze Liang dalam sesi temuduga SPLC 2019. “Persembahan pemain sangat menakjubkan pada pusingan awal SPLC2019 dan kita berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut.”

Menurut pengurus pasukan LionMas, Saw Tze Liang, dia amat gembira dengan persembahan para pemain dan berharap momentum ini akan diteruskan memandangkan LionMas berpeluang cerah untuk beraksi di separuh akhir pada hari Ahad ini. Dia berkata, “Persembahan pemain sangat menakjubkan pada pusingan awal SPLC2019 dan kita berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut. Saya ucapkan tahniah kepada para pemain di atas usaha mereka dan saya berharap kita dapat mengekalkan momentum ini untuk mencipta peluang untuk memburu slot ke separuh akhir.”

Dari kanan, bekas pemain kebangsaan, Tan Jinn Hwa, mewakili pasukan AIG dalam kategori beregu lelaki.

Ketika ditanya mengenai persiapan pasukannya untuk menharungi baki perlawanan pada hujung minggu ini, Saw yang juga mengendalikan akademi badmintonnya sendiri di Johor mengakui terdapat beberapa elemen yang perlu diperbaiki.

“Selepas pusingan pertama, terdapat beberapa kelemahan yang perlu kami perbaiki. Kita perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah dan para pemain perlu kekal fokus lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan lawan yang lebih berpengalaman. Secara keseluruhan, saya yakin kita di dalam kedudukan terbaik terutamanya bagi beregu lelaki dan campuran kerana kami sedang giat menjalani latihan untuk mengukuhkan lagi permainan kami,” tambah Saw.

Saingan kumpulan B pula menyaksikan pasukan Top Glove dan AIG yang berkongsi 22 mata dan bakal mara ke separuh akhir meskipun bakal berdepan sesama sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan pada Sabtu ini.

Pengarah Urusan AEON Credit Service, Yuro Kisaka, memberikan sokongan penuh kepada pasukan sepanjang tempoh kejohanan.
Dari kanan, Ben Teh, Ketua Pegawai Jualan redONE dan Muhd ​​Farid, Ketua Pegawai Eksekutif redONE bermain di Kategori Lelaki Beregu. Di manakah kita dapat melihat Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus bergabung dengan Eksekutif dan Associates di gelanggang badminton?

Minggu kedua SPLC2019 akan bersambung pada Sabtu ini di Sports Arena Sentosa menerusi perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebelum 2 pasukan teratas bagi kumpulan A dan B akan membuat perhitungan di pusingan separuh akhir pada Ahad nanti. Pemenang untuk pusingan tersebut seterusnya akan berentap di perlawanan akhir pada hari yang sama merebut gelaran juara sulung Senheng Purple League Corporate.

Minggu kedua SPLC2019 akan diteruskan pada Sabtu di Sports Arena Sentosa menerusi perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebelum 2 pasukan teratas bagi kumpulan A dan B akan membuat perhitungan di pusingan separuh akhir pada Ahad untuk memastikan slot ke perlawanan akhir juga pada Ahad untuk meraih gelaran juara sulung Senheng Purple League Corporate.

————————————————————————————————————————–

About Malaysia Purple League

Founded by Dato’ Jack Koh and partners and incorporated on October 24, 2013, Purple League (M) Sdn. Bhd. aims to create a brand-new platform in support of the Malaysian badminton scene while raising the standard of badminton proficiency and contributing towards creating future champions for the country.

Standing at the forecourt of all endeavours is the Malaysia Purple League, thus named due to purple long being a symbolic colour associated with royalty, power, and courage. It’s an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competitive experience, and which concurrently engages retired national greats to guide and inspire a new generation of champions.

————————————————————————————————————————–

Start a Conversation