SPLC2019: Top Glove peraga taring pada aksi pembukaan Kumpulan B

KENYATAAN MEDIA

SPLC2019: Top Glove peraga taring pada aksi pembukaan Kumpulan B

Pasangan lelaki beregu dari Top Glove, Ismail Saman (kanan) dan Leo Kwok Xiong (kiri) berlawan dengan pasangan beregu dari OPPO, Foong Kok Wah-Kow Jian Foong 3-2 (11-8, 11-5, 5-11, 9-11, 11-9) di Sports Arena Sentosa.

KUALA LUMPUR (10 NOVEMBER 2019): Saingan Senheng Purple League Korporat (SPLC) membuka tirai hujung minggu ini di Sports Arena Sentosa dengan Top Glove memperagakan taring mereka untuk muncul sebagai pendahulu awal Kumpulan B.
Pada akhir saingan dua hari itu, pengeluar sarung tangan getah terkemuka dunia itu, mencatatkan dua kemenangan, 9-6 ke atas AEON Credit Service semalam dan 13-5 ketika berdepan OPPO hari ini.

Top Glove bermula garang apabila Pengurus Kanan (Sumber Manusia), Lim Jin Feng menundukkan Tan Chun Beng 11-2, 11-5, 11-5 dalam perseorangan lelaki sebelum beregu wanita, Ang Chin Wen-Daphne Ng Chew Yen melebarkan jurang selepas merakamkan kemenangan 11-2, 11-1, 11-1 ke atas  Hee Chei Teng-Low Mei Chen.

Pemain Veteran dari Pensonic, membuktikan bahawa sesiapa sahaja, tidak kira tua atau muda, boleh bermain badminton sebagai sukan nombor satu di Malaysia.
Pengerusi dan Pengasas Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, turut menyertai Senheng Purple League Corporate dalam kategori Lelaki Beregu. Pasangan beliau ialah Muhd Mubin Shafiq.

Chia Su Li-Lee Pui Min kemudian meneruskan dominasi Top Glove dalam beregu campuran dengan kejayaan 11-1, 11-6, 11-5 ke atas  Chaw Shih Mei-Chan Jia Wei bagi pendahuluan mutlak 9-0 disusuli dengan kebangkitan yang dicipta bekas pemain kebangsaan, Ismail Saman yang digandingkan bersama Leo Kwok Xiong berjaya menundukkan beregu lelaki OPPO, Foong Kok Wah-Kow Jian Foong 3-2 (11-8, 11-5, 5-11, 9-11, 11-9).

Tatkala kemenangan sudah disahkan, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai mencuri tumpuan apabila membuktikan bakatnya masih tidak  dimamah usia menerusi gandingannya bersama Muhd Mubin Shafiq Mattar dalam beregu lelaki 2 (gabungan usia 80 & ke atas) meskipun tewas 1-3 kepada pasangan OPPO, Chick Choon Fai-Chick Choon Meng.

“Sebelum saingan bermula, kami mensasarkan untuk muncul dua pasukan teratas kumpulan, tetapi alang-alang bila kami sudah berada di kedudukan ini, saya rasa kami seharusnya mensasarkan untuk menjuarai kejohanan ini,” kata pengurus pasukan, Howard Wee.

Jazz Tan Yee Mei, pemain dari LionMas dengan pasangan Goh Ting Yu, berjaya menandingi Pensonic dalam kategori beregu campuran.

“Pasukan ini dibarisi oleh staf kami yang terdiri daripada bekas pemain kebangsaan, negeri dan daerah.

“Tan Sri (Dr Lim) sendiri adalah pemain daerah. Kami sudah melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan ini. Kami bermain bersama-sama dua kali seminggu dan tiada keperluan untuk kami membawa pemain luar bagi menghadapi kejohanan ini,” tambahnya.

Pengurus Pasukan AIG, Encik Idzaham Zahari dalam temuduga SPLC 2019.

Terdahulu dalam Kumpulan A, LionMas menamatkan hari dengan dua kemenangan daripada dua selepas menundukkan Pensonic 11-2 untuk meletakkan satu kaki dalam pusingan separuh akhir selepas kejayaan 11-6 ke atas redPHOENIX semalam. Mereka mendahului saingan dengan 22 mata kemenangan. Pasukan di kedudukan kedua dan ketiga kumpulan disandang masing-masing Pensonic dan redPHOENIX dengan kedua-dua pasukan berkongsi jumlah mata sama diikuti rapat oleh  senQ di tempat keempat, dipisahkan dengan satu mata.

Format pertandingan menyaksikan dua pasukan teratas Kumpulan A & B akan mara ke separuh akhir, sekaligus menghampiri tiket playoff bagi melayakkan diri ke saingan sebenar liga elit profesional Malaysia – Purple League 2020.

Perlawanan pusingan round-robin SPLC2019 akan menemui pengakhirannya Sabtu depan (16 Nov) untuk menentukan barisan empat pasukan yang akan bersaing dalam separuh akhir sebelum pusingan empat terakhir dan final yang akan dilangsungkan pada Ahad (17 Nov) di Sports Arena Sentosa yang akan menyaksikan juara dinobatkan bagi edisi sulung SPLC.

Keputusan Hari pertama & kedua SPLC2019

Sabtu – 9/11/2019
LionMas 11 – 6 redPHOENIX
Pensonic 9 – 7 senQ
Top Glove 9 – 6 AEON Credit Service
OPPO 7 – 13 Team AIG

Ahad – 10/11/2019
Pensonic 6 – 11 LionMas
redPHOENIX 9 -7 senQ
OPPO 5 – 13 Top Glove
AEON Credit Service 7 – 9 Team AIG

————————————————————————————————————————–

About Malaysia Purple League

Founded by Dato’ Jack Koh and partners and incorporated on October 24, 2013, Purple League (M) Sdn. Bhd. aims to create a brand-new platform in support of the Malaysian badminton scene while raising the standard of badminton proficiency and contributing towards creating future champions for the country.

Standing at the forecourt of all endeavours is the Malaysia Purple League, thus named due to purple long being a symbolic colour associated with royalty, power, and courage. It’s an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competitive experience, and which concurrently engages retired national greats to guide and inspire a new generation of champions.

————————————————————————————————————————–

Start a Conversation