COVID-19: Baki perlawanan Liga Purple Remaja 2020 ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Baki perlawanan edisi keenam Kejohanan Badminton Liga Purple Remaja Malaysia 2020 dijadual berlangsung di Muar, Puchong, Ipoh dan Putrajaya pada hujung bulan ini hingga November, ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditentukan kelak susulan peningkatan kes COVID-19.

Ketua Pegawai Operasi Purple League Sports Management Sdn Bhd Ho Khek Mong berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan semua penaja.

“Kami tetap teguh bersama rakan kami di BAM dan sentiasa berkomunikasi bagi menentukan tindakan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pusingan kedua kejohanan sepatutnya berlangsung di Ipoh pada 24-25 Okt; Puchong (31 Okt-1 Nov); Muar (7-8 Nov) sebelum pusingan akhir di Putrajaya pada 21-22 Nov.

Sebanyak 40 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Juara bagi lima kategori dipertandingkan – perseorangan dan beregu lelaki, perseorangan dan beregu perempuan dan beregu campuran – turut berpeluang mengikuti sesi latihan intensif di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.

— BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=1890265

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *