ACPLJ2019 Kumpul Pemain Muda Pamer Kehebatan

ACPLJ2019 kumpul pemain muda pamer kehebatan

Platform terbaik buat kelab badminton mencungkil bakat di Malaysia

KUALA LUMPUR (30 SEPTEMBER): Setelah berlangsungnya AEON Credit Purple League Junior (ACPLJ) 2019, musim kelima ini sememangnya berjaya dalam mencungkil bakat-bakat baru badminton di negara kita selaras dengan visi penganjuran kejohanan ini.

Ia dapat disaksikan apabila berakhirnya saingan Divisyen 3 yang menyaksikan para jurulatih memainkan peranan masing-masing di dalam mengasah dan mencungkil bakat pemain-pemain muda.

ACPLJ 2019 yang bermula pada 7 & 8 September telah menyaksikan Bagan Badminton Club (Bagan BC) muncul juara sulung Divisyen 3 yang diperkenalkan tahun ini bagi menjadi pelengkap kepada Divisyen 1 & 2

Dua Jurulatih Bagan BC, Alif Razlan (kanan) & Janu Saputra (kiri) memberi tips untuk pemain perempuan perseorangan untuk membawa balik Kejuaraan ACPLJ Divisyen 3 bulan lepas di Sports Arena Falim, Ipoh.

Jurulatih Bagan BC yang diketuai oleh Alif Razlan dan Janu Saputra dari Indonesia, berbangga dengan permainan mantap yang ditunjukkan oleh salah seorang pemain perseorangan perempuan mereka iaitu, Yeshveeni Kalaiselvan yang cemerlang dengan memenangi kesemua lima perlawanannya.

Yeshveeni turut menggalas tugas selaku pasangan beregu sama ada berpasangan bersama Panimaller Balan atau Shalini Ravikumar untuk menambah sengat di dalam kategori beregu perempuan. Pemain perseorangan lelaki, Sharveen Muniandy juga merupakan salah seorang pemain yang mencuri tumpuan untuk pasukan dari negeri Pulau Pinang itu dengan memenangi kesemua lima perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.

Divisyen 3 hanya disertai oleh pemain-pemain kelab sendiri yang bukannya di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atau Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). Untuk Divisyen 1 & 2, kesemua kelab dibenarkan untuk menyenaraikan beberapa pemain dari BAM dan SSBJ.

Berdasarkan senarai pemain yang didaftarkan, sebanyak 80% pemain adalah dari kelab manakala baki 30 menunjukkan 17 pemain bernaung di bawah BAM dan 13 pemain dari SSBJ.

Pemain dari Indonesia, Shabrina Aulia Yasmin mewakili Petaling BC dalam kategori perempuan perseorangan semasa Kejuaraan ACPLJ2019 Divisyen 1.

Divisyen 1 & 2 yang bermula pada 21 hingga 22 September pula menyaksikan kejutan dilakukan oleh Kuantan Synergy Badminton Club (KSBC) apabila mereka muncul pendahulu liga manakala Ayer Itam Badminton Club (AIBC) yang merupakan pendahulu Divisyen 2 kelihatan bersedia untuk merebut slot automatik ke Divisyen 1 musim depan setelah berakhirnya saingan ACPLJ hujung minggu lalu.

KSBC yang baru sahaja dinaikkan ke Divisyen 1 musim ini telah berjaya mengekalkan rekod kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan biarpun tidak dibarisi pemain-pemain dari BAM dan SSBJ kerana kesemua pemain itu terlibat dengan kejohanan yang lain.

Jurulatih, Azman Amman dilihat begitu gembira dengan prestasi anak-anak buahnya yang meletakkan pasukan mereka di dalam kedudukan yang selesa untuk dua baki saingan ACPLJ.

“Anak-anak buah saya menunjukkan semangat berpasukan yang baik untuk menewaskan pasukan yang lebih hebat dalam Divisyen 1.

“Muhd Nurfirdaus Azman (perseorangan lelaki) dan beregu perempuan kami (Hsu Yin Hui-Sung Yi Hsuan) dari Taiwan sememangnya beraksi dengan cukup baik pada hujung minggu ini.

“Dengan kembalinya Siti Nurshuhaini Azman (perseorangan perempuan) yang sebelum ini terlibat dalam kejohanan yang lain nanti kami berharap pasukan kami dapat mengekalkan prestasi cemerlang apabila aksi ACPLJ bersambung pada awal Oktober kelak,” Azman menambah.

Muhd Nurfirdaus Azman serta pasangan beregu lelaki, Hsu Yin Hui-Sung Yi Hsuan merupakan tonggak pasukan apabila memenangi kesemua tiga perlawanan perlawanan mereka untuk membuktikan KSBC bahawa mereka bukan calang-calang pasukan apabila bakal berhadapan dengan juara bertahan, Bukit Cheras Badminton Club (Bukit Cheras BC), Rawang Badminton Club (Rawang BC) dan juga pasukan yang berada di tangga kedua liga, Kepong Badminton Club (Kepong BC).

Pemain lelaki beregu Tebrau City BC, Chong Jen Son – Liew Xun bermain dengan penuh semangat dalam Kejuaraan ACPLJ2019 Divisyen 2 di Sports Arena Falim, Ipoh.

Berbekalkan rekod 100% tanpa kalah sepanjang tiga perlawanan, KSBC berjaya mengutip (571-479) mata dan dilihat akan terus mengekalkan rentak cemerlang mereka di pusingan ketiga ACPLJ yang akan berlangsung pada hujung minggu depan

Dalam pada itu pendahulu Divisyen 2, Ayer Itam BC (AIBC) berjaya memenangi 2 perlawanan mereka dan mengumpul (378-293) mata bagi perlawanan minggu lalu.

Bagi saingan Divisyen 2, hampir 83 % pemain dibawa oleh kelab bertanding iaitu sebanyak 114 pemain badminton diikuti 9 pemain dari BAM serta 12 pemain dari SSBJ.

Pusingan ketiga ACPLJ dijadualkan berlangsung di Challenger Sports Centre, Ampang pada 5 & 6 Oktober sebelum melabuhkan tirai pada 19 & 20 Oktober nanti di Sports Arena Sentosa.

————————————————————————————————————————–

About Malaysia Purple League

Founded by Dato’ Jack Koh and partners and incorporated on October 24, 2013, Purple League (M) Sdn. Bhd. aims to create a brand new platform in support of the Malaysian badminton scene while raising the standard of badminton proficiency and contributing towards creating future champions for the country.

Standing at the forecourt of all endeavours is the Malaysia Purple League, thus named due to purple long being a symbolic colour associated with royalty, power, and courage. It’s an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competitive experience, and which concurrently engages retired national greats to guide and inspire a new generation of champions.

————————————————————————————————————————–

About AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit (M) Berhad (“AEON Credit” or the “Company”) was  incorporated on 6 December 1996 and was converted into a public limited company on 9 February 2007 and listed on the Main Market at Bursa Malaysia Securities Berhad on 12 December 2007. AEON Credit commenced operations in 1997 by providing Easy Payment schemes for purchase of consumer durables through appointed retail merchants and chain stores.

————————————————————————————————————————–

Disiarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak Malaysia Purple League. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Christopher Raj
ShekhinahPR/012-2161 881
chris@shekhinah.my

Matthew Victor
ShekhinahPR/016-998 2658
matthew@shekhinah.my

Carol Tan
MPL/018-228 2110
carol@purpleleague.com

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *